video Martunis Ronaldo baca alquran jadi perhatian netizen

0
video Martunis Ronaldo baca alquran jadi perhatian netizen | EURO 2016 pasukan mana yang menang ? Bagi peminat sukan bola sepak pasti sudah tahu bukan siapakah pemenang EURO 2016 iaitu tidak lain tidak bukan pasukan Portugal.

Disebalik kejayaan itu pula, anak angkat Christiano Ronaldo iaitu, Martunis yang baru sahaja berusia 19 tahun telah berkongsi video bacaan ayat suci al-Quran di Instagramnya. Video tersebut telah berjaya menarik perhatian netizen.

martunis bersama bapanya ronaldo

Martunis Ronaldo kini menyertai akademi bola sepak Sporting Lisbon di Portugal, meluangkan sedikit masa untuk membaca al-Quran dan dikongsikan bersama rakan Instagramnya.

Perkongsian itu telah mnenarik perhatian netizen yang mengatakan bahawa amalan Martunis itu sesuatu yang digalakkan dalam Islam.

Antara komen yang terdapat di Instagram beliau ketika itu adalah:

"Sampaikan kebaikan walau satu ayat," tulis Rizal.

"Bagus suaranya...Martunis sedang memberi contoh hal yang baik," tulisnya.

Martunis telah diambil menjadi anak angkat Ronaldo, selepas Ronaldo bersimpati terhadap nasibnya yang ditemui terselamat dalam bencana tsunami pada tahun 2004.

martunis ronaldo

Martunis pada ketika itu berusia tujuh tahun, telah hilang selama 21 hari sebelum ditemui selamat dan terdampar di pantai dengan memakai jersi pasukan bola sepak Portugal.

Kisahnya mendapat simpati seluruh rakyat Portugal, dan mulai detik itu Ronaldo mengambil Martunis sebagai anak angkatnya.


* www.youtube.com/embed/pF3S-xZPt1w
* video Martunis Ronaldo baca alquran jadi perhatian netizen
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen