Kompaun RM800 - logo halal tidak diiktiraf

0
Kompaun RM800 - logo halal tidak diiktiraf | Balik Pulau, Kilang memproses, membekal dan mengedar ayam segar disaman selepas didapati menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf dalam serbuan di Batu Maung di sini, hari ini.

Serbuan 10.30 pagi itu membabitkan sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasanya, Mohd Nasir Mohamed.

Serbuan turut disertai pegawai penguatkuasa Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Veterinar Negeri.

Mohd Nasir berkata, dalam serbuan itu, kilang terbabit didapati mempamerkan logo halal tidak diiktiraf di papan tanda dan juga beberapa tempat lain.

Menurutnya, pemilik kilang berkenaan juga didapati menjalankan aktiviti penyembelihan selain memperolehi bekalan ayam dari pihak luar.

"Tindakan turut diambil Bahagian Perlesenan MBPP apabila kilang berkenaan disaman selepas didapati kotor, tidak memiliki lesen dan menggunakan peralatan berkarat.

"MBPP mengeluarkan saman serta kompoun bernilai RM800 terhadap pemilik kilang berkenaan selain akan menyiasat dari mana bekalan ayam Itu diperolehi," katanya.

Kompaun RM800 - logo halal tidak diiktiraf

* www.hmetro.com.my/node/154723
* Kompaun RM800 - logo halal tidak diiktiraf
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen