Sebuah lagi bank menjadi mangsa letupan bom

0
Sebuah lagi bank menjadi mangsa letupan bom | Sebahagian premis sebuah bank di Muadzam Shah mengalami kerosakan teruk dalam kejadian letupan yang berlaku awal pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Balai Polis Muadzam Shah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.50 pagi.

"Siasatan sedang dijalankan dan belum dapat dipastikan ada wang dilarikan ataupun tidak.

"Kita masih mengenal pasti motif kejadian dan individu yang terbabit dalam kejadian ini," katanya.

Difahamkan bahagian yang diletupkan adalah yang menempatkan mesin deposit (CDM) dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Impak letupan itu cukup kuat sehingga menyebabkan cermin di bahagian belakang premis berkenaan turut pecah.

"Polis menutup keseluruhan blok bangunan bagi melakukan siasatan," katanya.

Sebuah lagi bank menjadi mangsa letupan bom
Hmetro, Sebuah lagi bank menjadi mangsa letupan bom
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen