Remaja ditahan ketika mencuri tabung masjid

0
Remaja ditahan ketika mencuri tabung masjid | Jitra, Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan ketika sedang memecah tabung Masjid Pulau Ketam, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, suspek datang ke masjid itu dan cuba memecah tabung itu untuk mencuri wang.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan berkata, bagaimanapun perbuatannya itu disedari seorang penduduk sebelum menahannya.

Menurutnya, penduduk terbabit kemudian menghubungi pihak polis yang tiba tidak lama kemudian dan menahan suspek.

“Ketika ditahan suspek hanya berjaya mengambil wang tunai sebanyak RM3.

“Kita akan memohon perintah reman hari bagi membantu siasatan Seksyen 380 Kanun Keseksaan curi dalam bangunan,” katanya.

Remaja ditahan ketika mencuri tabung masjid

* http://www.hmetro.com.my/node/155173
* Remaja ditahan ketika mencuri tabung masjid
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen