Pemandu bas persiaran terbalik maut

0
Pemandu bas persiaran terbalik maut | Kuala Lumpur, Pandu melebihi had laju dipercayai punca bas persiaran terbalik di Kilometer 17.3, Jalan Genting Highlands, 7 malam tadi sehingga mengorbankan pemandunya dan 15 penumpang cedera.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata. seramai 25 pelancong warga China terdiri daripada 13 lelaki dan 12 perempuan, seorang pemandu pelancong dan pemandu bas berada dalam kenderaan itu.

Menurutnya, pemandu bas yang maut dikenal pasti sebagai Tan Ching Kok, 55.

Katanya, bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands menghala Kuala Lumpur.

"Kemalangan berlaku ketika bas melalui selekoh ke kanan dalam kelajuan yang melebihi had sebelum terbalik ke kiri dan menggelungsur.

"Bahagian hadapan bas terlanggar tembok batu pembahagi jalan menyebabkan pemandu tersepit dan maut di lokasi kejadian, " katanya.

Menurutnya, selepas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit, ia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Katanya, tiga daripada 15 penumpang bas yang cedera turut dihantar ke hospital yang sama untuk dirawat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan cuai, " katanya.

Pemandu bas persiaran terbalik maut

* www.hmetro.com.my/node/154792
* Pemandu bas persiaran terbalik maut
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen