Permohonan menanam pokok ketum RISDA ditolak

0
Permohonan menanam pokok ketum RISDA ditolak | Kuala Lumpur, Kajian terperinci dan penguatkuasaan menyeluruh perlu dilaksanakan sebelum pokok ketum dibenar ditanam secara komersial di negara ini, kata Ahli Jawatankuasa (AJK) Kluster Pertanian dan Makanan, Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Dr Abdul Shukor Juraimi.

Beliau berkata, langkah itu antara lain bertujuan mengekang salah guna tanaman ketum yang boleh memudaratkan kesihatan jika tidak dikawal.

"Kajian secara mendalam (saintifik) perlu dibuat terlebih dahulu kerana saya khuatir jika kebenaran diberikan, penanam mengambil kesempatan menjual bagi tujuan salah guna,” katanya mengulas cadangan Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin, untuk memohon kebenaran kerajaan menanam pokok ketum secara komersial.

Dalam kenyataannya di Kuala Nerus, Terengganu, semalam, Zahidi berkata daun ketum yang dikatakan mempunyai nilai perubatan tinggi itu akan dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah kerana mendapat permintaan tinggi syarikat farmasi di sana.

Secara tradisional, daun ketum perlu direbus atau dikunyah sebagai penawar sakit perut, batuk, menyahcacing dalam usus, luka serta menambah kecergasan.

Pengarah Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Putra Infoport Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Fatimah Mohamed Arshad menyarankan Risda menggalakkan pekebun kecil menanam serai, halia, tongkat ali dan sebagainya bagi menghasilkan ubat tradisional seperti jamu.

"Di Indonesia, rakyatnya menaman pokok herba yang kita lihat berjaya menghasilkan jamu sehingga dipasarkan ke seluruh negara. Mereka jalankan penyelidikan untuk hasilkan perubatan berasaskan herba dan terbukti berjaya.

"Boleh usahakan tanaman lain yang tidak bawa kesan buruk malah tidak punyai rekod salah guna. Kita tidak mahu ada pengusaha tanaman ambil kesempatan bila ada tawaran harga tinggi," katanya.

Pengarah Latihan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Izham Nayan, menyarankan kerajaan meneliti cadangan itu secara komprehensif bagi mengelakkan kesan jangka masa panjang terhadap masyarakat dan negara.

"Kesan daun ketum yang dicampur dengan bahan lain lebih kurang sama dengan pengambilan dadah, kita bimbang kesan buruk terhadap kesihatan," katanya.

Di ALOR SETAR, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kerajaan negeri tidak bersetuju dengan cadangan penanaman pokok ketum untuk tujuan eksport.

Beliau berkata, tiada kajian membuktikan manfaat kepada orang ramai sebaliknya banyak memberi kemudaratan kepada penggunanya.

Permohonan menanam pokok ketum RISDA ditolak

* www.hmetro.com.my/node/154784
* Permohonan menanam pokok ketum RISDA ditolak
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen