Masalah kelimumur | 5 cara teknik berkesan mengatasinya

2
Masalah kelimumur | 5 cara teknik berkesan mengatasinya | Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada populasi manusia dan dihidapi pelbagai latar belakang masyarakat. Di Malaysia, pengidap 'kelemumur/ketombe' dianggarkan seramai 4.3 juta orang sementara di United Kingdom 11 juta, membuktikan ia masalah sering dihidapi.

Betapa kacak atau jelita seseorang, tetapi kalau begitu keadaannya, tentunya rosak penampilannya lantaran 'masalah kelemumur' sering dikaitkan dengan pengurusan diri.

Kelemumur di kepala begitu merimaskan. Bukan sahaja menyebabkan kulit kepala gatal dan berbau malah ia juga mencacatkan penampilan wanita mahu pun lelaki. Cubalah 5 cara teknik berkesan mengatasi kelimumur ini.

gatal kelimumur kepala

Masalah kelimumur | 5 cara teknik berkesan mengatasinya


1. Limau Purut
Potong limau purut kepada dua bahagian, kemudian gosokkan pada kulit kepala. Lakukan tiga kali seminggu, limau purut membantu membersihkan kulit kepala, mengatasi kelemumur dan mengharumkan rambut. Kulit kepala juga terasa lebih segar.

2. Daun Pandan
Kisar daun pandan bersama air. Kemudian, tapis. Buang hampas, manakala airnya dibuat perapi selepas syampu rambut. Sapukan air daun pandan pada seluruh rambut dan kulit kepala. Petua ini dikatakan membantu mengatasi masalah kelemumur dan melebatkan rambut. Daun pandan juga mengatasi masalah rambut berbau.

3. Lemon
Cuci kulit kepala dan rambut dengan hirisan lemon. Lakukan petua ini setiap hari, kulit kepala akan bersih dan segar. Begitu juga dengan rambut. Sel-sel kulit mati pada kulit kepala akan tertanggal, hasilnya kulit kepala dan rambut akan menjadi sihat.

4. Santan
Selepas syampu, bilas rambut sehingga bersih. Kemudian, sapukan santan kelapa. Usai sapuan, tutup kepala dengan tuala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, bilas dengan air bersih. Santan menyuburkan rambut dan menyihatkan kulit kepala. Rambut juga akan semakin bersinar dan hitam jika anda rajin mengamalkan petua ini.

5. Garam
Garam bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah ia juga dapat membantu merawat kulit dan kelemumur. Tabur garam pada kulit kepala, kemudian gosok perlahan-lahan. Biarkan selama 3 minit, bilas dengan air bersih. Kemudian syampu rambut seperti biasa, anda pasti gembira dengan hasilnya. Kelemumur beransur hilang.

Adakah anda seorang perokok ? Jika ya, baca artikel ini : 4 makanan terbaik bersihkan paru-paru

Ingat, guna produk kecantikan/kesihatan pun jika tidak bersesuaian dengan jenis rambut, mesti kesannya akan menjadikan rambut makin rosak. Pilihan di tangan anda, Apa yang penting, anda kosisten dan rajin buat!
Show Comments
Hide Comments

2 Comments

avatar

gudluck blogging...

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen