Suspek tembak mati masih dalam negara

0
Suspek tembak mati masih dalam negara | Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya suspek menembak mati lelaki berusia 43 tahun di Jalan Taman Ibu Kota, Setapak, petang semalam, masih berada dalam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan masih dijalankan pihaknya termasuk mengetahui motif sebenar kejadian.

"Saya percaya setiap kejadian (tembak) ada sebabnya. Bukan orang hendak tembak sesuka hati tanpa sebab," katanya dalam sidang media selepas merasmikan komuniti KPD Mart di Taman Koperasi Polis, di sini, hari ini.

Semalam, mangsa ditemui mati di dalam keretanya selepas ditembak daripada jarak dekat oleh dua suspek ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Siasatan awal mendapati 10 tembakan mengenai badan lelaki berkenaan dan polis turut menemui 18 kelongsong peluru berhampiran lokasi kejadian.

Suspek tembak mati masih dalam negara

* www.hmetro.com.my/node/154898
* Suspek tembak mati masih dalam negara
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen