Bapa kepada Irma Hasmie meninggal dunia

0
Bapa kepada Irma Hasmie meninggal dunia | Kuala Lumpur: Bapa kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie iaitu Ibrahim Othman, 63, meninggal dunia akibat kanser limfoma atau kelenjar pada 23 Julai 2016 jam 5.23 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Irma berkata, kesihatan bapanya mulai merosot sejak awal tahun ini sebelum dimasukkan ke hospital selama dua minggu.

"Papa mengidap kanser limfoma sejak bulan November tahun lalu. Penyakitnya itu mulai merebak ke bahagian tengah otak sehingga menyebabkan pertuturan, penglihatan sebelah kanan, keseimbangan badan dan memori tergangu.

"Penyakitnya itu juga menyebabkan papa kerap melakukan beberapa perkara yang dia tak sedar seperti melanggar cermin bangunan di tempat kerja, tak boleh membuka pintu kereta kerana keadaan mata yang kabur, terlupa jalan ke satu-satu destinasi dan terlanggar kereta orang," katanya.

Menurut Irma, arwah bapanya juga mengalami kemurungan sehingga mengakibatkan dia terlupa kata kunci kad bank miliknya.

Melihatkan keadaan bapanya ketika itu, Irma mengambil keputusan membawa arwah ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

"Doktor merujuk penyakit papa ke hospital. Jadi kami membawanya ke sebuah hospital swasta. Dari situ kami mendapat tahu penyakit papa sudah merebak di bahagian tengah otak.

"Bagaimanapun kami terpaksa merujuk papa ke hospital kerajaan disebabkan kos pembiayaan rawatan yang terlalu tinggi," katanya.

Irma berkata, arwah bapanya sempat menjalani kimoterapi selama lima bulan sebelum jatuh sakit selepas pulang dari Kelantan bagi meraikan Aidilfitri di sana.

"Saya puas dapat menjaga arwah papa selama dia sakit. Alhamdulillah dia pergi dengan tenang pada Jumaat.

"Sepanjang hayatnya, papa banyak membantu orang dan lebih mementingkan orang lain daripada dirinya sendiri," katanya.

Menurut Irma, pekerjaan terakhir arwah bapanya adalah ketua pengawal keselamatan dan polis bantuan di sebuah syarikat swasta.

Arwah juga adalah bekas pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Subang.

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cherakah, Shah Alam selepas solat Jumaat.

Bapa kepada Irma Hasmie meninggal dunia
Hmetro, Bapa kepada Irma Hasmie meninggal dunia
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen