4 makanan terbaik bersihkan paru-paru kotor, perokok wajib baca!

0
4 makanan terbaik bersihkan paru-paru kotor, perokok wajib baca! | Tahukah anda, Paru-paru merupakan organ dalam sistem pernafasan. Ia berfungsi untuk menukar oksigen dari udara dengan karbon dioksida dari darah dengan bantuan hemoglobin. Proses ini dikenali sebagai respirasi atau pernafasan.

Rokok adalah punca utama paru-paru kotor hitam disebabkan kandungan toksin yang ada pada rokok itu sendiri seperti 'tar'. Papan-papan tanda 'no smoking' juga banyak diletakkan dan sudah pasti ianya bersebab.

Sekiranya anda sudah terlanjur menjadi perokok tegar, amalkan 4 makanan terbaik bersihkan paru-paru ini bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk pada paru-paru anda.

4 makanan terbaik bersihkan paru-paru kotor hitam rosak


1. Halia - Halia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria dan juga membantu tiub bronkial untuk menghapuskan bahan-bahan berbahaya dari paru-paru.

Secara amnya, bagi perokok yang mengamalkan pengambilan halia, mereka akan merasakan sistem pernafasan lebih lega dan lancar.

Cara terbaik pengambilan halia adalah dengan mengunyah setiap hirisan halia yang dipotong nipis.

2. Bawang Putih - Satu kajian yang pernah dijalankan di Pusat Kawalan Wilayah Jiangsu dan Pencegahan Penyakit di China, menunjukkan makan bawang putih sekurang-kurangnya dua kali seminggu boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru dan akan berkurangan kepada 50%.

Bawang putih diketahui mengandungi antioksidan yang boleh mengurangkan radikal bebas dalam badan yang berfungsi untuk menghapuskan keradangan dalam badan.

3. Lamau Bali - Kaya dengan antioksidan dan sesuai bagi penghidap kanser paru-paru. Antioksidan berfungsi mencegah sel-sel kanser dari terus merebak tanpa kawalan.

Penyelidik Dr. Corrine Hanson berkata, limau bali atau limau gedang kaya dengan vitamin C yang menyebabkan buah ini mempunyai keupayaan untuk menghalang tindakan enzim yang boleh mengaktifkan sel kanser paru-paru.

Amalkan makan limau bali jika anda seorang perokok tegar.

4. Selenium - Selenium merupakan mineral yang merangsang enzim dan bersama-sama dengan vitamin E membantu dalam mengukuhkan membran paru-paru.

Jika selenium banyak di dalam tubuh badan, maka sel-sel kanser akan berkurangan atau hilang.

Mineral Selenium terdapat di dalam buah tembikai, cendawan, tiram, bayam dan ubi keledek.

Selenium meningkatkan kadar imun dan membersihkan paru-paru dari serangan toksin.

Ilustrasi paru-paru

Bonus! Petua bersihkan paru-paru

  • Minum secawan teh herba sebelum tidur@Teh Cina. Ini sangat bagus untuk sistem penghadaman disamping dapat membuang segala toksin dalam usus yang berpunca kepada masalah sembelit. Toksin yang dinyahkan melalui pengambilan teh herba dapat membantu paru-paru berfungsi dalam keadaan baik.
  • Masukkan perahan lemon dalam air dengan kuantiti 300ml sebelum anda mengambil sarapan pagi. Jika tiada lemon, anda boleh menggantikan jus oren sebanyak 300ml sebelum sarapan. Jus sememangnya berfungsi sebagai agen semulajadi yang mengandungi antioksidan dimana ia membantu meningkatkan sistem pernafasan.
  • Minum 300ml jus lobak merah diantara waktu sarapan dan makan tengah hari. Jus lobak merah berfungsi untuk mengalkali darah anda selama tiga hari pengambilan jus tersebut.
  • Waktu makan tengah hari, anda perlu minum 400ml jus yang kaya dengan potassium(kalium). Contoh jus dengan kandungan potassium adalah adalah jus buah prune, jus oren, dan jus limau gedang@limau bali. Selain berfungsi sebagai agen 'pembersihan' pengambilan potassium juga dapat membantu meredakan tekanan darah.
  • Minum 400ml jus kranberi sebelum tidur. Buah kranberi membantu memerangi bakteria dalam paru-paru yang boleh menyebabkan jangkitan.
Selain itu, anda juga digalakkan mengamalkan teknik mandian bersihkan paru-paru kotor hitam rosak ini.

Anda digalakkan mandi selama 20 minit dengan air panas setiap hari bagi membolehkan air tersebut dapat membuang lebihan toksin yang melekat pada kulit badan.

Titiskan 5-10 titisan minyak kayu putih ke dalam mangkuk yang berisi air panas, rendamkan dengan kain yang kering ke dalam mangkuk tersebut dan gunakan kain tersebut untuk menutup muka anda sehingga kain itu kembali sejuk. Ulangi proses ini beberapa kali. - 4 makanan terbaik bersihkan paru-paru
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen