4 cara teknik sebenar mengempiskan perut buncit

0
4 cara teknik sebenar mengempiskan perut buncit | Satu masalah utama lelaki daripada segi penampilan ialah 'masalah perut buncit'. Jika dulu, lelaki perut buncit ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Tetapi sekarang, yang belum berkahwin pun perut sudah maju ke depan. Fitness pula macam mana bila perut dah membesar kedepan ?

Adakah anda merupakan salah seorang yang mengalami masalah perut buncit ? Jika ya, dan anda teringin untuk kembali sasa dan sado seperti dahulu, jangan abaikan dan teruskan membaca artikel ini sampai habis!

cara kempiskan perut buncit

4 cara teknik sebenar mengempiskan perut buncit


1. Minum Air Lemon Panas Setiap Pagi
Antara kebaikan air lemon ialah ianya membersihkan sistem pencernaan, membantu membakar kalori di perut dan meningkatkan kadar metabolisma tubuh badan.

2. Minum Banyak Air putih
Air putih yang tidak mempunyai kalori sangat baik untuk membantu membakar kalori dalam tubuh. Jika terasa dahaga, minum air putih. Usahakan untuk memperbanyakkan pengambilan air putih dalam rutin harian anda.

3. Jauhi Atau Kurangkan Makanan Masin
Terlalu banyak garam menyebabkan ia menyekat pengaliran cecair dalam tubuh sehingga mengakibatkan berat badan bertambah dan akibatnya perut menjadi buncit. Ini disebabkan lemak-lemak makanan masin yang berkumpul pada bahagian perut tidak dapat dibakar dengan baik.

4. Abaikan Susu Atau Produk Berasaskan Susu
Susu memang sihat. Itu memang tidak dinafikan. Namun, fakta yang tidak boleh disangkal ialah susu juga mempunyai banyak lemak. Makanan berasaskan tenusu seperti keju dan yogourt juga perlu dielak.

Selain masalah lebihan lemak di perut, adakah anda juga mengalami masalah kelimumur ? Jika ya, anda patut ketahui dan amalkan apa yang dikongsikan di sini : masalah kelimumur | 5 cara teknik berkesan mengatasinya

Bonus! Teknik senaman kempiskan perut buncit


Hasil kajian mengatakan, dengan melakukan senaman, peratusan lemak di badan kita akan berkurangan sekaligus dapat mengatasi masalah kegemukan. Maka, senaman sebenarnya bukan sahaja membakar lemak di bahagian perut, malah turut melibatkan lemak di bahagian tubuh badan yang lain.

berjalan berlari

Berlari dan berjalan adalah di antara dua jenis senaman terbaik membakar lemak dalam tubuh badan. Walaupun berlari membakar lebih banyak kalori, namun berjalan pun tidak kurang hebatnya.

Tambahan pula, alatan yang diperlukan sangat mudah didapati serta kosnya tidaklah terlalu tinggi. Apa yang anda perlukan hanyalah pakaian dan sepasang kasut.

Berlari dan berjalan ni boleh dijadikan sebagai rutin harian kita sekiranya kita ingin menurunkan berat badan serta perut buncit. Namun jangan lupa untuk melakukan pemanasan (warm up) badan setiap kali kita ingin berlari atau berjalan serta penyejukan (cool down) sesudah kita selesai bersenam.

Anda boleh melakukan aktiviti ini di sekitar kawasan rumah, taman permainan dan juga pusat membeli belah. Berjalanlah di kawasan pusat membeli belah ketika membeli belah dan gunakan tangga bukannya 'lift'.

Peringatan!
Jika anda mahukan hasil yang memberangsangkan, lakukan apa yang telah dikongsikan ini secara konsisten. Elakkan bersifat 'hangat-hangat tahi ayam', harap maklum.
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen