ideologi keganasan Daesh bukan untuk Malaysia

0
ideologi keganasan Daesh bukan untuk Malaysia | Putrajaya, Komuniti Asean diseru supaya bersatu dan memainkan peranan lebih kuat bersama masyarakat dunia untuk memerangi keganasan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, negara Asean juga perlu meningkatkan kerjasama menerusi agensi keselamatan masing-masing termasuk berkongsi dan menganalisis amalan terbaik memerangi keganasan.

Beliau berkata, Malaysia sendiri akan meneruskan inisiatif sedia ada termasuk meletakkan aspek keselamatan berada pada tahap tertinggi.

"Idealogi keganasan yang dibawa Daesh tiada tempat di Malaysia dan juga rantau ini," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Polis ASEAN (Aseanapol) ke-36 di sini, hari ini.

Katanya, sebagai langkah persediaan, kerajaan meluluskan Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012; Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara; Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Akta Majlis Keselamatan Negara bagi memerangi keganasan.

ideologi keganasan Daesh bukan untuk Malaysia

* www.hmetro.com.my/node/154424
* ideologi keganasan Daesh bukan untuk Malaysia
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen