Denda RM3000 kerana hempuk jurujual

0
Denda RM3000 kerana hempuk jurujual | Kuala Lumpur, Seorang penjual makanan didenda RM3,000, atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menghempuk dan mencederakan seorang pembantu jurujual menggunakan kerusi besi bulan lalu.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Ikram Abdul Razak, 20, selepas dia mengaku bersalah sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Mohd Huzaymy Azni, 25, di muka, kepala dan badan.

Muhammad Ikram melakukan kesalahan itu di Milano Eye Fesyen, M3 Mall, Taman Melati di sini, pada 10 malam 30 Jun.

Di mahkamah sama, seorang penjual buah-buahan didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan, kerana memeras ugut seorang pembantu jurujual di sebuah kedai menjual tudung.

Muhammad Samsul Syamsumar, 22, mengaku melakukan kesalahan itu terhadap Azlinda Kairul Hamidi, 25, di kedai Al-Zhafirah Contemporary di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Dang Wangi di sini, pada 3.30 petang 18 April.

Denda RM3000 kerana hempuk jurujual

* www.hmetro.com.my/node/154523
* Denda RM3000 kerana hempuk jurujual
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen