umur 19tahun dah lagak taiko besar

2
umur 19tahun dah lagak taiko besar | Subang Jaya, Seorang remaja patah kaki kanan selepas lori lapan tan yang dicurinya terbalik ketika dikejar polis di susur keluar Jalan Kebun, Lebuhraya Lekas, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, remaja 19 tahun itu memandu sendiri lori itu dari Kulai, Johor, menuju Petaling Jaya untuk dijual.

"Bagaimanapun, lori membawa muatan perabot dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang Plaza Tol Kemuning sebelum terbalik selepas dikejar dua kereta peronda polis kira-kira 11 pagi.

"Pemandu lori itu enggan menghentikan kenderaan selepas diarah anggota polis malah bertindak agresif menghimpit kedua-dua kereta MPV dan memecut di lebuh raya berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Mohammad Azlin berkata, polis menerima maklumat berkenaan kecurian itu pada 10.15 pagi dan mengesan suspek dalam masa kurang sejam.

"Hasil semakan mendapati remaja itu mempunyai 14 kes jenayah berkaitan curi kenderaan, dadah dan senjata berbahaya," katanya.

Suspek dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 397 A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

umur 19tahun dah lagak taiko besar

* http://www.hmetro.com.my/node/156362
* umur 19tahun dah lagak taiko besar
Show Comments
Hide Comments

2 Comments

avatar

Alahai kesiannya...kurang didikan agama dan perhatian dari mak ayah dan orang sekeliling.

avatar
UnknownAdmin

inilah akibatnya jika bergaul dgn orang yang salah..

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen