3 serbuan 89 warga asing ditahan

0
3 serbuan 89 warga asing ditahan | Melaka, Seramai 89 warga asing termasuk empat wanita ditahan Jabatan Imigresen Melaka dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Alor Gajah dan Melaka Tengah, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa JIM, Mohamed Lamsah Othman berkata, operasi bersepadu yang membabitkan beberapa agensi kerajaan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu bermula jam 11 malam dan tamat 5 pagi.

Katanya, lokasi serbuan membabitkan tapak pembinaan di Alor Gajah serta rumah kongsi dan sebuah pangsapuri di Melaka Tengah dengan kira-kira 150 warga asing diperiksa.

"Daripada jumlah itu 87 warga asing termasuk empat wanita berusia antara 26 hingga 50 ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah ketika diminta.

"Antara yang ditahan 31 warga Bangladesh, 29 Indonesia, 14 Pakistan, tujuh Nepal dan empat Myanmar mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c)," katanya.

Katanya, mereka yang ditahan kemudian dibawa balik ke lokap sementara JIM di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Machap Umboo untuk siasatan lanjut.

3 serbuan 89 warga asing ditahan

* http://www.hmetro.com.my/node/156531
* 3 serbuan 89 warga asing ditahan
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen