PokeMobile, Pokemon Go Malaysia

0
PokeMobile, Pokemon Go Malaysia | PETALING JAYA, Berikutan trend global mengenai permainan 'augmented reality' (AR) kian meningkat, syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad (Maxis) menawarkan pakej khas 'Pokemon Go, Grab Malaysia + Hotlink' hasil kerjasama dengan pengendali pengangkutan, Grab.

Meskipun masih belum didapati di Malaysia, Maxis dan Grab bersedia melancarkan empat PokeMobile edisi terhad untuk memburu Pokemon.

Sebaik saja Pokemon Go dilancarkan di Malaysia nanti, pengguna boleh menempah perjalanan percuma ke PokeStop terdekat dengan memilih butang PokeMobile dalam aplikasi Grab mereka.

Khidmat yang ditawarkan pada dua hari pertama selepas Pokemon Go dilancarkan itu turut merangkumi minuman ringan, beg hadiah, PokeChargers Hotlink dan tablet khas lengkap data dengan Hotlink Fast 4G.

Pokemon Go, Grab Malaysia + Hotlink yang turut dinamakan sebagai PokeMobile itu turut membantu semua pemain yang ingin mencapai tahap Pokemon Master (pelanggan Hotlink) mendapat kelebihan tambahan iaitu AS$100 (RM402) percuma dalam bentuk PokeCoins melalui Hotlink Cash Online.

PokeMobile, Pokemon Go Malaysia

* http://www.hmetro.com.my/node/155814
* PokeMobile, Pokemon Go Malaysia
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen