Saharul Ridzwan nikah 16 september 2016

0
Saharul Ridzwan nikah 16 september 2016 | Kuala Lumpur, Pelakon Saharul Ridzwan mengesahkan bakal berkahwin dengan gadis pilihannya yang dikenali sebagai Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 16 September 2016 ini.

Saharul, 27, berkata majlis nikah akan diadakan di Putrajaya disusuli dengan resepsi pada sebelah malam.

"Betul, saya akan berkahwin pada tarikh itu. Bukan saya nak mengelak daripada menjawab segala persoalan, tetapi saya mempunyai perancangan tersendiri.

"Namun apabila kad kahwin saya mula disebarkan di Internet hari ini, saya anggap ia satu ketentuan. Tidak ada apa lagi yang perlu dijelaskan kerana semuanya sudah jelas terpapar pada kad itu," katanya.

Berkongsi perasaannya apabila kad kahwinnya disebarkan pihak tertentu, Saharul tidak berasa terkilan.

"Nak marah pun tiada guna sebab semuanya sudah terjadi. Saya sendiri pun tak dapat mengawal perkara ini. Kepada individu atau mana-mana pihak yang menyebarkan kad saya, jangan risau sebab saya tak marah.

"Ada sebab dan hikmah di atas apa yang berlaku. Jadi saya tak perlu lagi bersusah payah mewar-warkan perkara ini kepada semua pihak," katanya.

Sambung Saharul, perkara itu membuatkan perancangannya untuk mengadakan majlis santai bersama media sedikit terganggu. Dalam majlis itu Saharul merancang untuk mengumumkan berita perkahwinannya kepada rakan media.

Ditanya mengenai identiti bakal isteri yang difahamkan bekas kekasihnya, Saharul akan mendedahkannya pada majlis nikah nanti.

"Macam yang pernah saya katakan, siapa bakal isteri saya kena tunggu masa nikah nanti. Jangan risau sebab saya pasti menunaikan janji itu.

"Soal persiapan majlis perkahwinan pula, semuanya berjalan lancar. Sekadar makluman, majlis kahwin saya diadakan secara tertutup dan sederhana saja," katanya.

Saharul Ridzwan nikah 16 september 2016

* http://www.hmetro.com.my/node/156615
* Saharul Ridzwan nikah 16 september 2016
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen