Gagal kawal emosi, Guru yang gagal

0
Gagal kawal emosi, Guru yang gagal | Alor Setar, Tenaga pengajar yang gagal mengawal emosi hingga mendatangkan kecederaan kepada anak didiknya dianggap guru yang gagal.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan berkata, beliau sudah berulang kali menegaskan seorang guru perlu ada daya kawal emosi dalam mendidik.

"Biarpun sekolah terbabit tidak berada di bawah kementeriannya, perkara yang mendatangkan kecederaan kepada pelajar tidak sepatutnya berlaku.

"Guru perlu mempunyai keupayaan mengawal emosi dalam apa jua dugaan dan jika tidak dapat mengawalnya khususnya dalam mendidik anak bangsa maka guru terbabit gagal dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan," katanya kepada pemberita pada selepas rasmi program Jelajah dan Penerangan Dasar- Dasar Utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2016 di sebuah pusat beli belah, di sini, petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang guru agama berusia 27 tahun yang didakwa merotan tiga pelajar lelaki berusia antara 10 hingga 12 tahun di pusat tahfiz di Sungai Petani, di sini, yang direman empat hari bermula hari ini.

Gagal kawal emosi, Guru yang gagal

* http://www.hmetro.com.my/node/155230
* Gagal kawal emosi, Guru yang gagal
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen