Ops laju berkuatkuasa serta merta

0
Ops laju berkuatkuasa serta merta | Melaka, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan segera dengan menjalankan operasi khas bas ekspres iaitu Ops Laju bermula hari ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron berkata, tindakan itu dilakukan pihaknya susulan aduan yang diterima pihaknya mengenai bas ekpres dipandu laju.

"Ops Laju ini khusus buat kenderaan perdagangan terutamanya bas ekpres yang sering dipandu laju di lorong paling kanan lebuhraya.

"Jika sebelum ini dikatakan JPJ melakukan operasi hanya secara bermusim tetapi kini Ops Laju dijalankan secara berterusan.

"Operasi ini akan dilakukan serta-merta (hari ini) kerana perbuatan itu amat berbahaya kepada penumpang dan pengguna jalan raya," katanya.

Katanya, dalam Ops Laju itu juga anggota penguatkuasa akan melakukan penyamaran dengan menjalankan rondaan dan mengikuti bas yang dikenal pasti sebelum diambil tindakan.

Ops laju berkuatkuasa serta merta

* http://www.hmetro.com.my/node/156061
* Ops laju berkuatkuasa serta merta
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen