Perlahankan bunyi pembesar suara masjid

0
Perlahankan bunyi pembesar suara masjid | Jakarta, Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menasihati pengurusan masjid menetapkan tahap pembesar suara di paras munasabah supaya tidak menyebabkan gangguan kepada orang ramai.

Gesaan itu dibuat susulan rusuhan di Tanjung Balai, Sumatera Utara pada minggu lalu yang tercetus akibat perbalahan mengenai pembesar suara masjid.

Kejadian itu tercetus selepas seorang penduduk beragama Buddha mengadu pembesar suara di masjid berhampiran rumahnya terlalu kuat.

Rusuhan berkenaan menyebabkan 12 kuil Buddha dibakar dan dirosakkan.

"Pembesar suara perlulah dipasang dengan tidak terlalu kuat,” kata Jusuf satu program bertajuk peranan masjid dalam menghalang ajaran sesat di sini.

Ini bukan kali pertama Jusuf yang juga pengerusi Majlis Masjid Indonesia menggesa masjid memperlahankan pembesar suara dalam usaha mempromosi keamanan dan keharmonian.

Katanya, banyak masjid memasang cakera padat bacaan al-Quran di pembesar suara hampir 30 minit sebelum azan, tetapi tempoh orang ramai datang ke masjid untuk solat tidak mengambil masa selama itu.

Perlahankan bunyi pembesar suara masjid

* http://www.hmetro.com.my/node/156667
* Perlahankan bunyi pembesar suara masjid
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen