Anak kedua Allahyarham, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan pada 5 petang selepas muntah darah di rumah.
"Arwah bapa kelihatan seperti biasa. Arwah pergi ke pasar raya Mydin di Jalan Masjid India, seperti biasa dan pulang ke rumah selepas waktu Zohor.Selepas itu arwah rehat di rumah, namun dia terjaga dan terus muntah darah. Ahli keluarga lain yang berada di rumah terus membawa bapa ke Hospital Pantai sebelum doktor mengesahkannya meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Ameer, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Rabu ini selepas solat Zuhur kerana perlu menunggu kepulangan dua adik perempuan esok yang kini berada di luar negara.
* http://www.hmetro.com.my/node/155844
* Perginya pengasas pasaraya Mydin
0 Comments
* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]
+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen