Rock islamiah suatu konsep perubahan yang unik

0

Rock islamiah suatu konsep perubahan yang unik | Alunan merdu ayat al-Quran begitu menggamit keinsafan sesiapa yang mendengar, namun siapa sangka perwatakan lelaki ini yang berambut panjang dan berseluar koyak ini sebenarnya pernah menjadi imam di sebuah surau di Lombok, Indonesia.

Video Muhammad Fajri Radiyah, 21, seorang pekerja buruh binaan Indonesia di Semenyih menjadi tular di laman sosial selepas lelaki itu mengalunkan beberapa potongan ayat al-Quran dikongsi ribuan netizen yang mengagumi kelunakan dan taranum dilontarkan pemuda itu.

Rock islamiah suatu konsep perubahan yang unik

Muhammad Fajri berkata, dia tidak sangka hobi membaca al-Quran itu tular di media sosial selepas membuat rakaman itu ketika waktu rehat di sebuah tapak binaan di Semenyih.

"€Saya suka membaca al-Quran, daripada saya membazirkan masa dengan tidur lebih elok saya mengalunkan ayat suci al-Quran.

"€Dulunya saya seorang imam di sebuah surau di Desa Juring, Nusa Tenggara Barat Lombok selepas menghabiskan pengajian selama tiga tahun di sebuah pondok di sana,”€ katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, demi mencari rezeki dia kemudian merantau ke Malaysia dan melupakan sementara cita-citanya untuk menjadi imam.

"Saya terpaksa dan memerlukan pekerjaan, disebabkan itu saya merantau ke negara ini demi mencari sesuap nasi, namun saya tidak pernah sesekali meninggalkan al-Quran.

"Tidak sangka video yang diambil sekadar suka-suka itu menjadi tular pula, malah kebanyakan mereka tidak percaya selepas melihat penampilan saya sebegitu,” katanya yang masih bujang.

Menurutnya, apa yang dilakukannya hanya untuk berkongsi mengenai aktiviti masa lapang yang sering dilakukannya bersama rakan di Facebook.

"€Tiada niat mahu riak atau menunjuk, sekadar berkongsi aktiviti saya di Malaysia buat tontonan rakan dan keluarga di Lombok.

"€Saya membaca beberapa surah pada waktu rehat di ruang kecil di rumah kongsi tapak pembinaan saya bekerja dengan cara menyandarkan telefon bimbit di dinding,”€ katanya.

Katanya, penampilannya yang berambut panjang dan memakai pakaian kurang bersesuaian dengan imej Islam itu turut menerima kritikan negatif daripada netizen.

"€Saya sedar dengan persepsi negatif masyarakat terhadap individu yang berpenampilan begitu, saya tidak salahkan mereka, mungkin mereka kurang biasa melihat keadaan itu.

"€Bagaimanapun, saya mahu mereka melihat dari sudut lain iaitu alunan ayat al-Quran itu, dan semoga mereka sentiasa membaca kitab suci berkenaan,”€ katanya. - HarianMetro


* https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/249951/taranum-imam-rock-video
* Rock islamiah suatu konsep perubahan yang unik
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen