Kisah kebabom artis AA kini tular 2017

0

Kisah kebabom artis AA kini tular 2017 membabitkan Aliff Aziz , Bella Astillah serta pelakon Afifah Nasir Anzalna Nasir turut memberi kesan kepada artis wanita lain yang bimbang suami mereka turut ‘diminati’ wanita lain.

Pelakon dan penyanyi Azza Elite, 39, yang memuat naik status dalam Instagram hari ini dilihat seperti memberi ‘amaran’ kepada wanita lain supaya tidak menggoda suaminya, Azlan Zulaily, 30.

Azza ketika dihubungi HarianMetro berkata, kenyataannya itu dibuat secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.

“Apabila saya lihat ada rakan artis yang memuat naik kenyataan berupa amaran di laman sosial mereka, saya pun ikutlah sama tetapi sebenarnya ia bukan baru bagi saya. Sebelum meletusnya kontroversi itu, saya memang selalu meletakkan status ‘jangan kacau suami saya’ dan pengikut saya di Instagram memang sudah tahu saya bergurau tanpa ditujukan kepada sesiapa.

“Namun, apabila tercetusnya kontroversi itu, gurauan saya kini bertukar menjadi peringatan. Apabila berlakunya perkara seperti itu, kita tidak boleh salahkan sebelah pihak saja kerana ibarat kata pepatah, ‘ bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi,” katanya.

Azza yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dengan Azlan berkata, mereka bahagia walaupun belum dikurniakan cahaya mata.

“Ini adalah perkahwinan kedua saya dan saya berdoa supaya ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam rumah tangga kami,” katanya.

Sebahagian besar netizen juga menggesa Afifah Nasir meminta maaf secara terbuka selepas dia keluar berdua dengan pelakon Singapura, Aliff Aziz di sebuah pusat karaoke di Cheras, dekat sini, Khamis lalu hingga mencetus kontroversi.

Aliff yang mengadakan sidang media bersama isterinya, Bella Astillah di Bukit Jelutong, Shah Alam, hari ini, mengaku mereka keluar bukan atas urusan kerja seperti didakwa dan Anzalna Nasir mohon maaf malu.

Sidang media yang bersiaran langsung menerusi Facebook Harian Metro itu disaksikan hampir 800,000 pelayar Internet dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Tidak kurang juga yang mahu kakak Afifah, Anzalna yang juga pelakon meminta maaf terhadap Bella kerana mengeluarkan kenyataan seolah menuduh wanita itu diserang meroyan selepas bersalin ketika membalas komen seorang pengikut di Instagram, Khamis lalu.

Komen Anzalna menerima kecaman hebat daripada netizen sebelum pelakon itu bertindak meletakkan akaun Instagram miliknya dalam mod privasi bagi mengelak keadaan bertambah keruh.

Terdahulu, Anzalna lancangnya memuat naik status di Instagram memberitahu menyiasat dakwaan Afifah menjalin hubungan sulit dengan Aliff dan mahu adiknya meminta maaf serta bertaubat sekiranya didapati bersalah.

Susulan itu, ada pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun palsu menggunakan nama Afifah dan menjadi tempat netizen meluahkan perasaan marah.

Isu terbabit semenjak tular di media sosial turut menempias pelakon Rozita Che Wan, Almy Nadia dan isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan dengan memuat status di Instagram seolah-olah memberi amaran kepada wanita lain supaya tidak menganggu suami mereka.

Dalam pada itu, ramai netizen memuji tindakan Bella memaafkan Aliff dan mendoakan pasangan terbabit berdamai.

Sementara itu, Anzalna malu kantoi ketika dihubungi enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan buat masa ini. Ia juga sebagai menghormati pendirian keluarga saya terutamanya bapa yang mahu keadaan reda terlebih dulu,” katanya.

Anzalna berkata, adiknya Afifah kini dalam keadaan tidak sihat.

“Saya amat menghargai toleransi pihak media yang bersabar untuk mendapatkan kenyataan daripada Afifah,” katanya.

Kisah kebabom artis AA kini tular 2017

* www.hmetro.com.my
* Kisah kebabom artis AA kini tular 2017
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen