Pautan talian khas antipemerdagangan orang ditubuhkan 2017

0

Pautan talian khas antipemerdagangan orang ditubuhkan 2017 | Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) memperkenalkan talian khas Antipemerdagangan Orang iaitu 03-8000 8000.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, talian khas itu diwujudkan dengan kerjasama 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) hasil pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Beliau berkata, talian khas 03-8000 8000 itu beroperasi dari 7.30 pagi hingga 9 malam setiap hari.

"Enam pegawai akan bertugas mengendalikan talian khas ini yang akan menerima dan menyalurkan aduan atau laporan kepada agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Orang ramai juga boleh membuat aduan atau laporan di luar waktu operasi di mana pegawai bertugas akan mengambil tindakan berdasarkan rakaman laporan yang diterima pada keesokan harinya," katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Katanya, kementerian menyeru orang awam membuat laporan serta-merta sekiranya mempunyai maklumat atau mengetahui sebarang aktiviti yang membabitkan jenayah pemerdagangan orang atau penyeludupan migran. - HarianMetro

Pautan talian khas antipemerdagangan orang ditubuhkan 2017

* https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/249946/perkenal-talian-khas-antipemerdagangan-orang
* Pautan talian khas antipemerdagangan orang ditubuhkan 2017
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen