Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, Polis Kontinjen Kedah memandang serius mengenai aktiviti judi dalam talian yang secara tidak langsung membawa gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat.
Menurutnya, individu yang terbabit dengan aktiviti perjudian ini berkemungkinan melakukan jenayah seperti ragut, curi dan sebagainya bagi mendapatkan wang mudah untuk berjudi.
“Sehubungan itu kita (PDRM) menjalankan Op Dadu Mesin Online bermula 1 Januari hingga Ahad lalu di mana 510 serbuan dijalankan di seluruh negeri.
"Melalui serbuan itu, seramai 337 individu berusia 20 hingga 60 tahun ditahan membabitkan 456 rampasan mesin judi dalam talian dan wang tunai RM42,239," katanya kepada pemberita pada sidang media Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.
Zamri berkata, polis turut menjalankan operasi ke atas Pusat Hiburan Keluarga (PHK) dalam tempoh yang sama kerana menyalahgunakan permit untuk aktiviti perjudian.
“Sebanyak 124 serbuan dijalankan membabitkan tangkapan 132 individu dan rampasan 52 mesin perjudian yang diletakkan di dalam PHK.
“PDRM Kedah memandang serius masalah perjudian dan akan mengambil tindakan tegas serta mengingatkan PHK supaya mengikut syarat ditetapkan,” katanya.

* http://www.hmetro.com.my/node/156041
* Ops dadu mesin online 510 serbuan
0 Comments
* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]
+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen