Hukuman penjara 8 tahun bawa pistol tanpa lesen

0
Hukuman penjara 8 tahun bawa pistol tanpa lesen | Kota Bharu, Padah memiliki pistol dan peluru hidup, seorang tukang cat kereta dipenjara lapan tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohd Azman Razali, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 7 Disember 2015.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Revolver di Jalan Bukit Marak, Cabang Tiga Haji Kassim, Binjai di sini pada jam 1 pagi, 7 Disember 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh, waktu dan lokasi sama, tertuduh didakwa memiliki empat butir peluru tanpa lesen dan permit yang sah.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat, polis menemui sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang diparkir di tengah jalan.

Pemeriksaan mendapati tertuduh berada di dalam kereta sebelum menemui pistol dan peluru berkenaan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan bermula dari tarikhnya ditangkap.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norazlinawati Mohd Arshad memohon hukuman setimpal kerana ketika kejadian pistol itu masih berfungsi dan jika disalahgunakan boleh menyebabkan kecederaan dan kematian terhadap orang awam.

Hukuman penjara 8 tahun bawa pistol tanpa lesen

* www.hmetro.com.my/node/154592
* Hukuman penjara 8 tahun bawa pistol tanpa lesen
Show Comments
Hide Comments

0 Comments

* No 'spam' please ... [auto delete using script]
* Moderation setting on - [enable by default]

+ Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen